Edu-Tech Series:Aplikasi Efektif Dalam Pembelajaran Interaktif Digital.

17 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2022, PEDi Tanjong Bowang mengadakan sebuah program Edu-Tech Series secara dalam talian yang berkisarkan topik: Aplikasi Efektif Dalam Pembelajaran Interaktif Digital. Program ini turut merupakan kolaborasi bersama dengan PEDi di daerah Bau iaitu PEDi Sibuluh, Skio, Bogag, Serasot, Krokong dan Peninjau Baru.

Di dalam sesi ini, kakitangan PEDi Tj. Bowang telah berkongsi mengenai penggunaan aplikasi Padlet dan Nearpod sebagai salah satu aplikasi yang bagus dapat digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, aplikasi tersebut mempunyai elemen interaktif yang boleh membuatkan sesi kelas dan pembelajaran tersebut tampak lebih menarik.

Para peserta yang terdiri dalam kalangan pihak pendidik seperti guru, golongan dewasa bekerja serta para pelajar universiti tempatan turut didedahkan dengan pelbagai jenis contoh kegunaan dan templat Padlet yang ada. Mereka turut didedahkan dengan penggunaan aplikasi Nearpod sebagai salah satu platform terbaik buat para murid / pelajar mempelajari sesuatu subjek menggunakan konsep E-Learning. Hal ini kerana, aplikasi Nearpod menggunakan konsep Game-Based Assessment.

Program yang dijalankan secara dalam talian ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali